Tuesday, December 31, 2013

:: Baby solid food mommy style ::

sekarang nih mommy gigih nak menggapai gelaran ibu mithali.. 
kekunun.. wehihi
setiap minggu masak bubur untuk puteri saya..

lastweek mommy masak
bubur nasi + brokoli + fish ( dory )
and this week..
beberapa kali ulang alik nak cari bayam
namun xkesampaian..
aeon kat umah ni xjual bayam wei..
so this week masak
bubur nasi + brokoli lg + carrot + salmon..
amek ko amanda.. kelas.. makan salmon

mak ngko pon jenjarang makan
masak never.. hihi:))

 gambar hiasan.. lama punya hihi:))

bahan2 masak bubur ni purely as above ya..

cara mommy masak..
1. masak nasi macam biasa( whole family makan)
2. rebus brokoli, carrot, and ikan ( dory) or salmon (air 3 cawan).
3. dah masak dua2 bahan tu masukkan nasi- mommy guna 2 senduk
4. jika nak lagi cair can add more water ya..
5. dah nampak semua am sebati/ nasi dah sedikit like bubur
6. tutup api/dapur. biarkan sejuk.
7. blend semua bahan.. mommy blend sesikit supaya semua hancur..
if caqm air dah kering mommy add FM ( bancuh )
8. siap.. masuk dalam bekas  bekukan..

alhamdulillah amanda suke sgt..
mommy ada try buat keledek for breakfast tp dia xmo..
tapi carrot dia makan..
but orange carrot is too much.. abeh bj bertukar kaler.. huhu:((

 

Tuesday, July 30, 2013

:: ikan Merah Gulai ::

hari2 masak sama sajer..
ikan merah gulai 


1.1 ekor ikan merahsederhana besar ( potong kecik dlm 5 bahagian)
2. 2 cawan santan
3. 1 ulas bawang merah dan putih
4. 2 hiris halia,lengkuas dan kunyit
5. 1 biji cili merah besar dipotong 5
6. 1 keping asam keping
7. sedikit garam dan sedap rasa

cara memasak:
1. blend bawang merah, putih, halia lengkuas, kunyit dan cili merah.
2. panaskan santan dan masukan bahan yang telah diblend tadi dan asam keping
3. kacau hingga mendidih
4. masukkan ikan, kacau hingga ikan masak
5. masukkan garam & sedap rasa.
6. sedia untuk dihidang.
 

Friday, July 26, 2013

:: sayur ::



favorite mommy tapi xtau pon apa namanya..

1.  sebungkus sayur ni
2. 1/2 biji tomato
3. 1 ulas bawang merah dan bawang putih
4. 1 sudu besar sos tiram
5.  sedikit garam dan penambah rasa

cara memasak
1. tumis bawang hingga naik bau
2. masukkan sos tiram dan kacau
3. masukan sayur.. jika nak ada kuah tambahkan sedikit air
4.masukkan tomato, garam dan penambah rasa..
5.kacau hingga sayur masak.
siap dan hidang..

sangat sesuai untuk juadah berbuka bagi yang masa masak yg sgt sempat.. hihi:))
 

:: Tomyam Ayam ::



menu 2:
tom yam ayam


1. ayam dipotong sederhana ( mommy amek bahagian leg & tight saje)
2. perencah tom yam adabi
3. bunga kobis, tomato & saderi
4. air 2 cawan
5. 3 helai daun limau purut
6.sedikit garam dan penambah perisa ( maggi sedap rasa)

cara memasaknya: 
panaskan air hingga mendidih kemudian  masukkan ayam, biar hingga masak
masukkan perecah tomyam dan kacau hingga rencah meresap dan rata dalam air
masukkan sayuran dan tambahkan perasa dan sedikit garam.
siap.

 

Thursday, July 25, 2013

:: sapu sawang nk masak ::

hari ini kerja2 ofis banyak yang dah settle.. 
lega rasa.. kalau tak serabut jek kepala.. haha 
so ari ni masuk ke dapur nak kemas2.. 
dah sepuluh bulan tak berasap.. 
masuk bulan puasa barulah rajin ke dapur
xpelah kan..
atleat sekali setahun berupdate jugakkan blog yang bersawang tebal nih..
thank you ramadan.. 
u make mommy masak.. 
agaknya itulah yang aqeem and pok nik cakapkan.. 
hihi:))


 setiap hari masak menu simple sahaja..
sebab balik kerja dah semput..
alhamdulillah setakat ni sempat walau terkadang berasap nasi nk makan ..

menu 1:
peria goreng

1. sebiji peria sedehana besar
2. 1 ulas bawang merah dan putih (dihiris nipis)
3. 1 biji telur
4. 1 sudu sos tiram
5.sedikit garam dan minyak

cara memasak:
1. panaskan minyak dan masukkan bawang yang dihiris nipis. 
2. setelah bawang kekuningan masukkan sos tiram. 
3.kacau dan masukkan telur.  kacau hingga telur hancur dan masak. 
4. kemudian masukan peria, masukkan garam secukup rasa
siap
 

Thursday, August 30, 2012

dinner

Makan malam kami...

simple n terlebih garam sikit..




 

Thursday, August 9, 2012

ari ke 20..

Hari ni menu..

 Blackpapper lamb..

belacan mixed vege

lain2 juadah

alhamdulillah..
kenyang sgt.. sedappppp..
ini bkn mommy masaks
tpnyonya valley yg masak
haha..
suke atila nk tayang gaks kan?